Tuesday 24 June 2014

FACEBOOK INCOME



PLEASE CLICK THIS LINK CLICK HERE

VERSI RINGKAS HUDUD AL QUR'AN TANPA BANTUAN GAMBAR DAN GAMBARAJAH:

"KERAJAAN ISLAM TIDAK AKAN TUMBANG KERANA SEORANG PEREMPUAN"
ARTIKEL DIBAWAH INI KESELURUHANNYA UNTUK ULAMAK YAKNI MEREKA MEREKA YANG BERPELAJARAN, BERPENGETAHUAN DAN BERPENGALAMAN. BUKAN UNTUK GOLONGAN DUNGU!

Oleh  itu berpandukan kepada Ayat 7, Suroh 30 Ar Rum Juz 21: "Hendaklah mereka yang berpendidikan tinggi (berpengetahuan luas) menolong bantu (menjadi tulang belakang) daripada yang bernyawa dan yang lemah dan hendaklah mereka (bertolong bantu) kepada perkara kemudian (lepas) daripada mereka menjadi golongan yang lalai (cuai)."

Ulamak berasal dari perkataan ilmu yang bermaksud Melayunya berpengetahuan atau cendiakawan. Oleh itu kategori ulamak ialah ulamak hadis, ulamak al qur'an, ulamak kesihatan, ulamak ketenteraan, ulamak pertanian, ulamak kejuruteraan, ulamak keselamatan, ulamak kepimpinan (pentadbiran), ulamak astronomi dan lainlainnya. Oleh itu Majlis ulamak sepatutnya terdiri dari Ustaz (Professor), Doktor, Engineer (Jurutera), Arkitek, Akauntan, Pengarah Pertanian, Panglima Angkatan Tentera, Perdana Menteri, Sultan, Ekonomis dan lain lain.

Grouping, Penyampaian Secara Berkumpulan Mengikut Bidang Kemahiran atau dikenali sebagai Usrah dicadangkan dalam menyampaikan kefahaman hudud al qur'an diatas untuk berjihad (berjuang atau dalam inggerisnya "work for/to it") di laman siber.
Sahaya cadangkan kumpulan dibahagikan kepada:
Grup 1: Pewarisan Harta.
Grup 2: Munakahat (Nikah Kahwin dan Cerai Berai).
Grup 3: Zakat (Percukaian).
Grup 4: Riba (Penindasan dalam urusan jualbeli, pinjaman, hutang piutang, sewa, pajak dan gadai).
Grup 5: Isu Keselamatan Sosial.
PENDAHULUAN (MUQODDIMAH):

Definisi agama: Agama ialah pendapat atau falsafah atau disiplin atau fahaman atau juga dikenali sebagai iman atau kepercayaan atau juga dikenali sebagai iktikod atau ijtihad atau juga dikenali sebagai mazhab atau juga dikenali sebagai akidah atau tauhid atau juga sekarang ini digelar Idiologi.
Rasis (Kebangsaan) ialah fahaman perkauman yang berat sebelah atau menindas kaum lain. Feminis ialah fahaman melebihkan perempuan dimana dikategorikan juga sebagai rasis (perkauman).
Komunis pula adalah fahaman kesamarataan tanpa batasan keatas semua bidang.
Kapitalis adalah fahaman dimana golongan bermodal sahaja dibolehkan memerintah.
Feudalisma pula ialah fahaman beraja, iaitu ketua kerajaan adalah dari keturunan pemerintah terdahulu tanpa perlu melalui proses demokrasi. 
Demokrasi pula ialah fahaman semua keputusan adalah ditentukan oleh sokongan kebanyakan yang diterima tanpa batasan.
Republik pula bermaksud kesemua harta simati didalam suatu kawasan menjadi milik umum semula.
Atheis pula bermaksud kepercayaan tiadanya Tuhan. 
Polytheis pula bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan atau juga dikenali sebagai syirik.
Ekstrimis pula ialah fahaman diantaranya yang mengakui dirinya sendiri atau orang lain sebagai Tuhan. Islam itu menganjurkan kesederhanaan  atau inggerisnya liberal, bermaksud jangan keterlaluan iaitu diluar kewarasan akal dalam mengeluarkan pendapat.
Islam itu pula kalimah ‘Arab yang bermaksud selamat atau sejahtera. Menipu untuk selamat hanya dibenarkan dalam keadaan seperti perang sahaja. Bukan didalam semua keadaan.

·                     Kitab Suci Al Qur'an pula adalah diantara buku panduan undang undang dan hukuman bahasa ‘Arab asas kehidupan yang pernah dipraktikkan oleh nabi nabi terdahulu dan kerajaan kerajaan besar terdahulu mencakupi bidang ekonomi, pewarisan harta, jenayah, kemasharakatan, ketuhanan, kesihatan dan lain lain. Dibolehkan merujuk kepada kitab kitab lain dengan Nas Al Qur’an dibawah:
·                     Terjemahan ayat 1 hingga 3 Suroh Al Imran: "Peringatan, Demi Tuhan. Tiada demi selainnya untuk Tuhan kepada yang hidup dan memelihara sesuatu. telah diperturunkan buku panduan kepada mu dengan sebenarnya serta membenarkan untuk sesiapa sahaja anatara keduanya sebelum ini demi memperturunankan Taurat (Old Testament) dan Injil (New Testament).
·                     Jangan lah anda keliru antara Hudud Islam (Hudud Selamat atau Hudud Pindaan) dimana semua orang boleh menggubalnya berbanding Hudud Al Qur'an.
·                     Satu peringatan untuk saudara saudari semua ialah salah fahaman dalam memperjuangkan konsep keadilan, saudara saudari akan terjerumus kearah Sistem Komunis Islam. Siapa siapa mempunyai idea keadilan samarata untuk dilaksanakan atau pandangan samarata praktikal menyeluruh mengalahkan Hudud Al Qur'an, beliau adalah lebih hebat dari Karl Marx.
·                     Nas (bukti) Al Qur'an dibolehkan berdebat tetapi jangan bertindak keterlaluan (iaitu sehingga bertindak zalim atau cara orang jahiliyah atau cara toghut) ialah melalui ayat 33 hingga 35 Suroh 55 Ar Rohman Juz 27. " Bisultani" bermaksud kekuatan keterangan.
·                     Diantara motif Perjanjian Hudaibiyah dimeterai ialah untuk menstabilkan undang undang. Dalam tempoh perjanjian tersebut, semua pihak dilarang berperang. Mereka dibenarkan bertaubat dalam waktu tempoh Perjanjian Damai, sebelum semua perkara di bawa ke mahkamah dengan undang undang yang akan dan baharu digubal nanti.
·                     Memahami Islam dan Al Qur'an bukanlah perkara susah, selepas anda percaya adanya Tuhan sebenar benar Tuhan, seterusnya anda fahami alqur'an yang mana didalamnya terkandung undang undang hidup yang sekarang ini dipromosikan dengan istilah Hudud. Dan oleh kerana kepelbagaian bangsa berada di Malaysia, Hudud Alqur'an dibawah ini sangat sesuai dengan konsep masharakat majmuk di sini.

FATWA PEMBUKAAN. Anak anak yang telah dewasa, matang, berpengetahuan dan amanah dengan ini dibenarkan menegur kesilapan ibu bapa mereka (orang orang tua mereka) melalui  Nas Al Qur'an ayat 135 Suroh Ke 4 Juz  ke 5, An Nisak yang bermaksud "Hai orang orang yang percaya dan tenang (amanu), hendaklah tegakkan keadilan, serta mempersaksikan Ketuhanan itu, meskipun keatas dirimu sendiri atau ibubapa dan saudaramu saudaramu, ertinya juga kepada yang kaya dan yang susah, maka Alloh (Tuhan) itu maha mengetahui keadaan keduanya. Maka jangalah kamu turuti dari belakang perkara yang meruntuhkan keadilan. Dan sekiranya kamu belot dan berpaling, sesungguhnya Alloh (Tuhan) mengetahui apa yang kamu usahakan".

Ayat 30, Surah Al Baqoroh, Ertinya: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi”, mereka berkata, “Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan engkau?” Tuhan berfirman “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Daripada Sayyidina Ali R.A berkata, Rasululloh S.A.W telah bersabda yang bermaksud "Tidak ada ketaatan sama sekali kepada makhluk dalam kemaksiatan terhadap Alloh S.W.T (Hadis Riwayat Imam Ahmad). Hadis tersebut menerangkan kepada kepada kita supaya tidak taat atau patuh kepada arahan pemimpin, suami atau ibu bapa atas perkara yang tidak dipersetujui Al Qur'an.

Dapatkan tidur yang secukupnya sebelum membaca isi kandungan di bawah, sebab kita bukan Tuhan yang tidak memerlukan tidur.

"'Uzur Syarie" bermaksud alasan baik iaitu tidak menipu dan tujuan baik (mulia).
"Hukum Syarok" lebih kepada bermaksud undang undang pilihan ramai (bersekutu).
"Maridhun" bermaksud sakit. "'Uzur" berasal dari "'Uzrun" bermaksud alasan atau sebab, dimana ianya juga boleh disabitkan dengan bukti.


"Muslim" bermaksud orang orang baharu yang ingin berubah untuk keselamatan dan sanggup membuang fahaman kolot dan jahat. 

"Mukmin" bermaksud orang orang yang setia kepada semua undang undang negara Islam.

·                     KONSEP PERTAMA DALAM PEMERINTAHAN DAN PEMBENTUKAN KERAJAAN IALAH PEMILIKAN. APABILA SESUATU ITU ADALAH MILIK KAMU, TERTAKLUK KEPADA KAMU UNDANG UNDANG. FAHAMI INI DAHULU BARU CAKAP LEBIH BERKENAAN UNDANG UNDANG SEBELUM KAMU BERTELAGAH SESAMA SENDIRI LALU SESAT DAN SEKALI LAGI KESEMPATAN DIAMBIL OLEH PIHAK LAIN.
·                     KONSEP KEDUA IALAH PRINSIP KEBAIKAN. DIMANA KEBIASAANNYA PEMIMPIN AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MEMILIH SISTEM TERBAIK PEMERINTAHAN.
·                     KONSEP KETIGA, IALAH FAHAMI KONSEP PERTAMA DAHULU.
·                     KONSEP KEEMPAT, TIDAK HORMAT DENGAN TIGA KONSEP TERDAHULU BERERTI BUKAN ISLAM.
·                     OLEH ITU SUSUNAN SEPATUTNYA ORGANISASI.
1.                  TUHAN. PALING TINGGI.
2.                  TUAN TANAH SELAKU PENGGUBAL UNDANG UNDANG.
3.                  PENGAMAL UNDANG UNDANG, IAITU BADAN KEHAKIMAN.
4.                  PENGUATKUASA UNDANG UNDANG, SEPERTI TENTERA, POLIS, JABATAN HASIL, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, JABATAN KASTAM DAN IMIGRASI DAN LAIN LAIN.
5.                  PENDUDUK.
Pemilikan harta yang diiktiraf oleh Islam ialah melalui beberapa cara dibawah:
1.                  Pewarisan dengan sistem kalalah atau faraid (fawahid).
2.                  Jualbeli.
3.                  Hadiah.
4.                  Pajak (Sewa) bermaksud beri kuasa kepada orang lain menguruskan tanah yang sudah berisi ataupun tidak. Tuan Tanah tidak dibenarkan mengutip hasil selain yang telah dipersetujui.
5.                  Gadai atau Cagar bermaksud pegangan harta kepada orang lain sebagai jaminan keatas pinjaman. Harta tersebut dikuasai oleh pemberi pinjaman sehingga nilai pinjaman dilunaskan. Sekiranya gagal melunasakan pinjaman atau hutang, harta (tanah) boleh dimiliki oleh pemberi hutang atau pemberi pinjaman. Tetapi Tuan Tanah boleh mengambil hasil dari tanah yang digadaikan itu.
Peperangan dengan tujuan merampas harta milik orang lain ialah adalah haram disisi Islam.
"Dan yang menipudaya, kerana kamu (orang yang percaya, jujur, telus mengamalkan ajaran alqur'an), sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang kafir (ingkar) demi yang tetap mendiami tempat itu, mereka menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu (memerangimu), atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya terhadap kamu dan menjalankan tipudaya terhadap Alloh,  Dan demi Allah sebaik-baik (harta sebagai balasan) kepada yang menggagalkan tipu daya (tipu daya orang orang kafir untuk memulakan berperang)”.
Ada orang selalu berhujah untuk memiliki harta (wilayah atau kawasan) orang lain tanpa lunas lunas syarok (syarat) alqur'an selalu berkata sebegini "bumi ini hak alloh, semua orang boleh mewarisinya".
Pertamanya, kita perbetulkan dahulu maksud sebenar "haq" yang diambil dari perkataan arab alqur'an yang sepatutnya memberi makna kebenaran atau kekuasaan. Oleh itu penerangannya ialah kejadian langit dan bumi dan antara keduanya bukti kekuasaan tuhan menciptakannya dengan peraturan dan bukti benarnya wujudnya Tuhan. Dimana manusia tidak mampu menciptakannya dan mengaturnya sedemikian rupa.
Keduanya, katakan kepada mereka yang berkata begitu dengan tujuan untuk menguasai harta milik orang lain dengan cara bathil (salah) itu, "berikanlah harta yang kamu kuasai sekarang kepada kami secara percuma, samaada tanah, upah kerja, anak dan isteri, bukankah itu juga hak alloh".
Ketiganya, tanyakan kepada mereka yang berkata begitu dengan tujuan untuk harta milik orang lain dengan cara yang haram itu, "sekiranya semua tanah ini mutlaknya milik Alloh, mana surat dari Tuhan bersetuju dengan permohonan kamu itu?".

PERKARA 1: FARAID ATAU FAWAHID ATAU KALALAH ATAU PEWARISAN HARTA PUSAKA DAN HARTA SENDIRI.
·                     “Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu sebahagian daripada cita cita  jadi raja ia.” (Luqman 17).
·                     Undang Undang Tanah (Darurat) terbahagi kepada dua (2) sebenarnya iaitu berbentuk persendirian dan negara (umum). Walaubagaimanapun perkara seterusnya dibawah ini perlu di fahami terlebih dahulu. Darurat adalah kalimah Arab/Urdu yang juga boleh membawa maksud negara, kawasan atau rumah.
·                     Oleh itu undang-undang senjata api juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu dikawasan umum dan kawasan persendirian. Kedua-duanya adalah bertujuan mengawal keselamatan. Secara dasarnya semua dilarang bersenjata dikawasan umum tanpa kebenaran pihak berkuasa, bermula dari tuan tanah, hakim hinggalah kepada  penguatkuasa undang undang tidak seperti dikawasan persendirian.
·                     Semua sedia maklum sebagaimana sekarang menceroboh (merogol) harta milik orang lain juga adalah dilarang.
·                     Hukum pewarisan harta atau fawahid diambil perkataan fawahidatan dari ayat 3 suroh annisa. Baca ayat 1 hingga 5, ianya berkenaan pewarisan harta. Saya malas nak tunjuk pandai alqur'an sangat sebenarnya, sebab kamu lawan juga. Kalau hanya dibaca ayat 3 sahaja memang kepala otak kamu ingat nak berbini lebih je.
·                     Pembahagian harta sama banyak sekiranya mampu menurut undang undang fawahid/ faraid sebenar, kepada waris simati tanpa wasiat (pesanan) berdasarkan nas alqur'an ayat 11 hingga 13 Suroh An Nisa, berpaksikan kepada perkataan perkataan "mithlu haddhil unthayayni" yang juga membawa maksud "samarata bahagian keduanya (lelaki mahupun perempuan)".
·                     Manakala kalalah, merujuk kepada ayat 176 Suroh An Nisa pula ialah perihal simati tanpa meninggalkan wasiat (pesanan) tidak mempunyai anak kandung, lalu hartanya diagihkan kepada waris keluarga simati yang terdekat samaada lelaki mahupun perempuan sama banyak. Sebagai contoh lebih terperinci Encik Osman ialah ayah kepada Encik Umar dan Puan Aishah, mempunyai tanah seluas 1000 ekar. Lalu dibahagikan kepada mereka berdua sama 500 ekar seorang. Encik Osman wafat, Kemudian Encik Umar wafat tanpa ada anak. Lalu tanah seluas 500 ekar itu lebih layak kepada Puan Aishah, menjadikan jumlah keseluruhan 1000 ekar semula. Gambarajah dan misalan terakhir dibawah mungkin membantu.
Misalan Raja Tun Husin ibni Sultan Abdul Jalil IV, mangkat tiada anak, meninggalkan harta boleh alih selain isterinya isterinya dan harta kekal (tanah sawah sebagai contoh), berjumlah RM22 bilion setengah. Oleh itu semua nama nama didalam gambarajah diatas layak mempusakainya. Pemusakaan cara ini tidak termasuk harta yang telah dihadiahkan kepada isteri isteri Raja Tun Husin.
·                     Satu benda bahagi kepada 2 orang, dapat 1/2 seorang, bahagi tiga belas orang dapat 1/13 seorang, ada 50 orang dapat 1/50 seorang. Kalau tak faham matematik mudah ini bagaimana nak ajar alqur'an bab pewarisan harta dengan adil dan saksama?
·                     Ada pendapat harta pusaka tidak boleh diwariskan kepada cucu sekiranya ayah masih hidup. Pertama, Al qur'an tiada menyatakan sebegitu. Kedua, apakah orang keuzuran (lemah) dibenarkan menguruskan harta pusaka. Ketiga, apakah orang lain bukan cucu kandung dibolehkan mewarisinya? Kenapa sebegitu? Sila rujuk keseluruhan suroh Al Baqoroh (lembu) dan An Nisa (perempuan) untuk pewarisan harta pusaka. Ingat perkataan kalalah didalam albaqoroh dan an nisa. Apakah maksud kalalah? Kalalah bermaksud simati meninggalkan harta tetapi tidak mempunyai anak kandung.
·                     Saya buka dokumen sokongan iaitu Hadis Sahih Muslim, 1587 Jilid Ke 3, berbunyi arabnya "'Anibni Abbasin kola: Kola Rasulullohi sallallohu 'alaihiwasallama, aqsimulmala baina ahlil faroidhi 'ala kitabillahi fama tarokatil faroidhu falil aula rojulin zakarin". Terjemahannya bermaksud: Dari Ibnu Abbas R.A., katanya Rasululloh S.A.W bersabda: “Bagikan harta warisan kepada ahli waris sesuai dengan ketetapan buku demi Tuhan dan harta harta waris itu maka untuk yang terdahulu (lelaki) mengingatkan akan dia (yang kemudian)”.
·                     Manakala Hadis Sahih Muslim ini, kebanyakannya dari kita langgar kenapa? Hadis berbunyi Arabnya "An Usamatabni zaidin annannabiyya sallallohu 'alaihiwasallam kola: LA yarithumuslimul kafiro wala yarithul kafirul muslima". Bermaksud "Dari Usamah bin Zaid R.A, katanya Nabi S.A.W bersabda "Orang orang Muslim tidak boleh mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang muslim". Hadis 1585 jilid 3.
·                     Hadis Sahih Muslim Tambahan. "'An Jabirin kola: Kola rosulullohi sollallohu 'alaihiwasallama, amsiku 'alaikum amwalakum, wala tufsidu ha, fainnahu man 'amara 'umro fahiyalillazi 'amroha hayya wamayyitan wali 'a kibihi". Bermaksud " Dari Jabir R.A., katanya, Rasululloh S.A.W bersabda "Peliharalah harta kamu sebaik baiknya dan jangan dirusak, kerana setiap orang yang diberi sesuatu pemberian, maka harta itu menjadi miliknya yang diberi selama hidupnya, dan apabila dia meninggal menjadi milik turunannya." Hadis 1603 Sahih Muslim, terjemahan Ma'amur Daud, ditashihkan oleh Syeikh Haji Abdul Syukor Ar Rahimi.
·                     Hanya tuhan tidak memerlukan harta dunia. Oleh itu berhati hati dengan penyeleweng agama apabila mereka menegaskan fahaman "apa guna kejar harta dunia harta akhirat (selepas mati) lagi penting". Buktinya fahaman itu sesat ialah kamu perlukan air,udara,makanan dari hasil bumi, perempuan sebagai isteri, binatang sebagai tunggangan dan cahaya matahari untuk melihat. Kalau kenyataannya sebegini bolehlah saya bersetuju "Apa guna kejar harta dunia berlebih lebihan, nah ambil semua harta saya untuk kamu".
·                     Harap harap Melayu baru boleh bezakan antara anak tiri, anak kandung, anak saudara dan anak angkat.
·                     Perolehan harta kepada anak kandung atau anak saudara kandung diperturunkan secara begitu sahaja tanpa perlu wasiat iaitu samaada surat perintah dan ucapan bersaksi apabila matinya ibu atau ayah mereka. Tidak bermaksud anak wajib tunggu ayah dan ibunya mati untuk pembahagian tanah terutamanya.
·                     Isteri isteri dan bukan isteri juga boleh menuntut harta suaminya semasa masih hidup.
·                     Dengan itu akan ada dua jenis geran tanah. Geran pertama ialah geran Hak Milik dan Geran kedua ialah geran Perusahaan. Dimana pemilik geran perusahaan tiada kuasa menjualkan dan menyewakan tanpa kebenaran waris pada atau didalam geran pertama. Geran kedua juga boleh diwariskan kepada keturunannya dan atau saudaranya.
·                     Perangai Lurus Bendul: Kononnya kita perlu wasiatkan harta seperti tanah, rumah, kenderaan dan lain lain hanya 2 hari sebelum kita mati, bersandarkan kepada  beberapa hadis sahih kata mereka menyarankan agar berbuat demikian. Masaalahnya kita tahu ke bila kita akan mati? Nabi sindir pun tak faham. Oleh itu dengan ini sekiranya kamu memajak atau menyewa tanah milik orang lain, sekarang kamu boleh wasiatkan tanah tersebut untuk disambung urusan pajakan atau sewa tersebut, bukan untuk dijual kepada isteri atau anak kamu dengan disaksikan oleh sekurang kurangnya 2 orang waris utama yang adil. Bukan waris tidak boleh menjadi saksi kerana tidak adil kepada waris. Peraturan terakhir diatas tadi adalah sesuai untuk semua bangsa yang bermastautin di Daerah Takluk Kerajaan Islam Sultan Mahmud Muzaffar Shah selama mana ia aman. Menyiapkan surat wasiat awal Itu tandanya seseorang itu bersedia untuk mati. Tak lah selepas mati besok menyusahkan orang lain.
·                     Ayat 249, Suroh Al Baqoroh. “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit (minoriti/waris) dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
·                     Islam itu bersaudara, bermaksud kami waris bayar cukai kamu bukan waris pun bayarlah cukai. kami bantu kamu kamu bantu kami. Kami waris bayar hutang kamu pun bukan waris tolong bayarkan sekali. Kami tak suka itu ini begitu begini, kamu bukan waris pun patuh itu ini sebegitu sebegini.
·                     Hukum Qisos (Perundangan Hidup dan Mati), pemahamannya melalui ayat 180 Suroh ke 2, Juz 2 Al Baqoroh yang bermaksud ringkas diantaranya ialah "Tulislah (catit) olehmu apabila menghadirkan diri ke majlis seseorang dari kamu mati iaitu apa yang nampak (diketahui) dengan sungguh sungguh kebaikannya dan sampaikanlah (berpesan dan wasiatkanlah) bagi untuk kepada kedua orang tuanya (orang orang yang lebih awal (lebih berusia)) dan saudara maranya demi kebaikan bahagian (kebenaran) keatas orang orang yang bertakwa".
·                     Dari ayat 180 Suroh Al Baqoroh tersebut,diantara perkara wajib (hukum qisos) yang sepatutnya dilakukan oleh orang hidup ialah menuliskan semua butiran simati sedapat mungkin dengan jujur dan teliti (muttakin) dan menyampaikan kepada waris (kerabat) termasuklah keturunannya selain mengkebumikan jenazah dan bacaan Suroh Yassin! Oleh itu menulis nama simati pada batu nisan di kubur bukan lah suatu perkara yang keji.
·                     Ayat 286 Suroh Al Baqoroh. "Syaiton itu menjanjikan kepadamu kemelaratan dan menyuruh kamu berbuat yang keji, dan Alloh menjanjikan suatu mendung (suatu yang selesa) daripadanya dan faedah (baik). Demi Alloh dan deminya yang luas pengetahuannya". 
·                     Oleh pewarisan harta adalah juga menurut spesifikasi berikut melalui sebuah Hadis Sahih Muslim berbunyi Arabnya "An Usamatabni zaidin annannabiyya sallallohu 'alaihiwasallam kola: La yarithumuslimul kafiro wala yarithul kafirul muslima". Bermaksud "Dari Usamah bin Zaid R.A, katanya Nabi S.A.W bersabda "Janganlah yang Muslim menafikan dengan itu tiadalah yang menafikan muslim". Hadis 1585 jilid 3.
·                     Hadis Sahih Muslim Tambahan. "'An Jabirin kola: Kola rosulullohi sollallohu 'alaihiwasallama, amsiku 'alaikum amwalakum, wala tufsidu ha, fainnahu man 'amara 'umro fahiyalillazi 'amroha hayya wamayyitan wali 'a kibihi". Bermaksud " Dari Jabir R.A., katanya, Rasululloh S.A.W bersabda "Peliharalah harta kamu sebaik baiknya dan jangan dirusak, kerana setiap orang yang diberi sesuatu pemberian, maka harta itu menjadi miliknya yang diberi selama hidupnya, dan apabila dia meninggal menjadi milik turunannya." Hadis 1603 Sahih Muslim, terjemahan Ma'amur Daud, ditashihkan oleh Syeikh Haji Abdul Syukor ArRahimy.
  • Ada pendapat harta pusaka tidak boleh diwariskan kepada cucu sekiranya ayah masih hidup. Pertama, Al qur'an tiada menyatakan sebegitu. Kedua, apakah orang keuzuran (lemah) dibenarkan menguruskan harta pusaka. Ketiga, apakah orang lain bukan cucu kandung dibolehkan mewarisinya? Kenapa sebegitu? Sila rujuk keseluruhan suroh Al Baqoroh (lembu) dan An Nisa (perempuan) untuk pewarisan harta pusaka. Ingat perkataan kalalah didalam albaqoroh dan an nisa. Apakah maksud kalalah? Kalalah bermaksud simati meninggalkan harta tetapi tidak mempunyai anak kandung.
  • Perangai Lurus Bendul: Kononnya kita perlu wasiatkan harta seperti tanah, rumah, kenderaan dan lain lain hanya 2 hari sebelum kita mati menurut beberapa hadis sahih menyarankan agar berbuat demikian. Masaalahnya kita tahu ke bila kita akan mati? Nabi sindir pun tak faham. Oleh itu dengan ini sekiranya kamu pihak yang terlibat dengan sistem gadaian, memajak atau menyewa tanah milik orang lain, sekarang kamu boleh wasiatkan tanah tersebut untuk disambung urusan gadaian, pajakan atau sewa tersebut, bukan untuk dijual kepada isteri atau anak kamu dengan disaksikan oleh sekurang kurangnya 2 orang waris utama yang adil. Bukan waris tidak boleh menjadi saksi kerana tidak adil kepada waris. Peraturan terakhir diatas tadi adalah sesuai untuk semua bangsa yang bermastautin di Daerah Takluk Kerajaan Islam Sultan Mahmud Muzaffar Shah selama mana ia aman. Menyiapkan surat wasiat awal Itu tandanya seseorang itu bersedia untuk mati. Tak lah selepas mati besok menyusahkan orang lain. 
·                     Saya buka dokumen sokongan iaitu Hadis Sahih Muslim, Jilid Ke 3, berbunyi arabnya "'Anibni Abbasin kola: Kola Rasulullohi sallallohu 'alaihiwasallama, aqsimulmala baina ahlil faroidhi 'ala kitabillahi fama tarokatil faroidhu falil aula rojulin zakarin".


PERKARA 6: JENAYAH BERAT.

·                     Rasuah adalah dipercayai dari perkataan ‘Arab, rishuah yang bermaksud berikan sesuatu  pertolongan atau hadiah dengan niat jahat. Sebagai contoh seseorang belanja makan seorang kawan kemudian mengumpat dibelakangnya atau merencanakan kejahatan agar tindakannya kemudian tidak disangkakan. Ianya sememangnya haram atau dilarang, disebabkan Islam mengarahkan kita supaya memberi pertolongan dengan jujur, ikhlas dan termampu sahaja. Tetapi bagaimana pula sekiranya pemberian atau pertolongan itu jujur, ikhlas dan termampu.
·                     Peras Ugut pula dikategorikan pemberian secara paksaan tanpa mengikut uzur syar'iah seperti mencuri, merompak, menyamun dimana ianya sememangnya haram. Salahlaku pula ialah perkara melanggar, iaitu gelaran biasanya ialah pecah amanah undang undang syar'iah (mulia/baik). Oleh itu rasuah tidak boleh dikenakan hukuman, kecuali atas salah laku pecah amanah dan kerugian ditanggung kerajaan atau individu perseorangan dimana gantirugi setimpal patut diberikan oleh pesalah yang tidak melibatkan penipuan. Dimana penipu pula , menurut nas al qur'annya boleh didenda dengan sebatan sebanyak 80 sebatan.
·                     Aurat bermaksud perkara keji, kerana dalam penggunaan rojak  Bahasa Benggali Melayu sesiapa yang Melayu tidak berpakaian sopan dianggap tidak elok. Oleh kerana penggunaan tidak tepat dengan istilah sepatutnyalah ianya bukan sekadar etika berpakaian dimana meliputi keseluruhan aspek kehidupan. Istilah "Tutup Aurat" sebenarnya bermaksud "Halang Perbuatan Keji". Diantara perbuatan keji dalam Islam ialah:
1.                  Derhaka (tidak taat) kepada suami.
2.                  Menipu /Main Sihir.
3.                  Mencuri.
4.                  Berpakaian tidak senonoh.
5.                  Khianat/ Hasad Dengki.
6.                  Berjudi.
7.                  Mabuk mabuk sesuka hati bukan atas tujuan perubatan.
8.                  Tamak.
9.                  Sombong/ Takabbur.
10.              Mengumpat, mengeji, menghina, bercakap lucah, kotor, biadap dan kasar.
11.              Tidak taat kepada pemimpin.
12.              Berpeleseran, Membazir.
13.              Melacur.
14.              Lari dari menjelaskan hutang.
15.              Biadap terhadap kepada orang tua yang soleh/solehah.
16.              Pemalas.
17.              Pengotor.
18.              Bersuami lebih dari seorang pada satu masa.
19.              Rogol.
Ibu bapa kita mengajarkan kebenaran. Contoh praktikalnya ialah apabila bayinya yang berusia 1 hingga 2 bulan menangis kehausan mereka akan usahakan memeberi susu atau air. Memberikan ayam goreng kentucky dan jagung bakar adalah bukan kebenaran. Oleh itu ibubapa tidak mendidik anaknya menjadi penipu. Ibubapalah yang mendidik kebenaran. Itulah fitroh Islamnya. Apabila dewasa sudah terlekat dikepala otaknya tidak boleh menipu. Bukankah begitu? Begitulah juga kebiasaanya anak setelah di hantar melanjutkan pelajaran akan lebih berpengetahuan daripada ibu bapanya. Sebagai contoh mudah arwah datuknya yang lahir sebelum 1800 tidak pandai bina kapal terbang dan kapal selam sebagaimana cucunya sekarang. Kebenaran itu hendaklah diterima dengan hati terbuka (redho ketentuan Tuhan). (Tambahan pada 11 hb Oktober 2015 , Jam 1258 tengahari).
·                     Isu lain ialah Pengampunan. Mangsa yang masih hidup berkuasa (berhak) memberi pengampunan daripada dijatuhi hukuman menurut seperti yang jelas diriwayatkan didalam al qur'an dan meminta gantirugi.
·                     Dari sudut saintifik kesan sesetengah dadah adalah setara dengan arak. Oleh itu hukuman bagi sabit kesalahan keduanya sepatutnya serupa.
·                     Adakah babi haram dimakan atau haram dipelihara? Apakah membunuh babi di hutan suatu kewajipan?    
·                     Berikut ialah kenyataan Bible berkenaan khinzir. Deutronomi 14;8 “Jangan makan babi. Haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak. Jangan makan haiwan seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya”.
·                     Berikut ialah kenyataan Bible tentang pengharaman arak. Genesis 9:23. “And Shem and Japheth took a garment, and laid it upon both their shoulders, and went backward, and covered the nakedness of their father; and their faces were backward, and they saw not their father's nakedness. Genesis 9:24. And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him. Genesis 9:25 And he said, Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren.
·                     Berikut ialah kenyataan Kitab Suci Al Qur'an dari ayat 219 suroh Al Baqoroh, selain Ayat 90 Suroh Al Maidah berkenaan pengharaman judi dan arak. Mereka bertanya kepada engkau darihal arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu dosa besar dan manfaat kepada manusia, tetapi dosa (kesan buruk) keduanya lebih besar dari manfaatnya (kesan baik). Mereka bertanya pula kepada engkau, "Apakah yang akan mereka perlu di nafkahkan (cukai)?" Katakanlah, "Dari hasil kerja mu sendiri". Demikianlah Tuhan menerangkan kepada beberapa kenyataan, mudah mudahan kamu memikirkan."
·                     Kesalahan liwat iatu rogol lelaki adalah setaraf dengan rogol perempuan iaitu perbuatan serong atau diluar tabii sebagai manusia. Ringkasnya dinamakan "zina" melalui alqur'an. Walaupun sesekala perbuatan liwat ini boleh dilakukan suka sama suka ianya tetap diketegorikan sebagai zina, begitulah juga untuk perempuan. Sebagaimana pernah berlaku dizaman pemerintahan islam selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Apabila ada pertuduhan zina kepada perempuan yang telah berkahwin, mereka akan menghantar pasukan pengintip terlebih dahulu sebelum dibicarakan. Tujuan pengintipan ialah saksi yang diperlukan 4 orang atau 2 orang diperlukan semasa perbicaraan. Kemudian, setelah didapatai bersalah hukuman bagi kesalahan zina (perbuatan serong) yang tidak menyebabkan kematian seringan ringannya ialah denda gantirugi, buang daerah dan sebat. Ini ditentukan oleh Hakim yang berpegang kepada Kitab Suci al qur'an. Hakim (Lord of Justice) ialah pengamal undang undang manakala Tuan tanah (Landlord) ialah penggubal undang undang. Kebiasaannya kedua dua nya ialah makhluk sejenis iaitu manusia. Tuan tanah selaku penggubal undng undang mestilah manusia sebagaimana diterangkan awalnya, tiada boleh binatang menggubal undang undang tanah. Sesuai dengan ayat al qur'an manusia dijadikan sebagai khalifah dibumi. Dengar atau ikut perangai lembu buat apa? Bermula dengan membezakan manusia dengan binatang dan tuhan, undang undang Islam tercipta di seluruh pelusuk bumi dulu kini dan selamanya. Disebabkan perihal ketuanan tanah sesuatu kawasan selalunya dipertikaikan maka kitab Al Qur'an tidak membuang perihal pewarisan harta samaada fawahid, kalalah, jualbeli, perjanjian dan hadiah. Didalam Bible pula, gantirugi setimpal boleh dituntut oleh waris. Jadi fikir lah sendiri, kitab besar mana yang kamu rujuk, alqur'an atau bible. Atau kamu guna kitab karangan nenek moyang kamu yang tak bertunjang. Apakah hukuman sepatutnya kepada manusia mengakui dirinya sebagai Tuhan?
·                     Tembakau kering yang dijadikan rokok tidak menjadikan seseorang itu kuat seks, tetapi dadah asli seperti candu dan beberapa jenis dadah tiruan atau dadah moden lain berupaya membuat seseorang berfikiran sebegitu. Ditambah lagi, terdapat 2 jenis dadah samaada merangsang atau melemahkan sistem badan. Ringkasnya kekadang menjadikan seseorang tahan ngantuk walaupun tak cukup tidur atau sangat mengantuk walaupun cukup tidur.
·                     Dalil larangan bunuh orang ialah melalui ayat 92 dan 93 Suroh An Nisak dan ayat 33 Suroh Al Isrok.
·                     Sihir ialah perbuatan jahat secara ghaib. Dimana ghaib ialah bermaksud tidak dapat dilihat oleh mata. Manakala Ilmu ialah perbuatan baik secara ghoib. Jin selalunya terlibat dalam permainan sihir. Jin juga terdapat 2 jenis iaitu jin baik dan jin jahat. Jin jahat dikenali sebagai syaiton. Manakala jin baik biasanya dipanggil malaikat yang diciptakan secara simboliknya unsur cahaya bermaksud menyinari dengan lembut berbanding api yang panas walaupun juga menerangi. Iblis simboliknya ialah ketua syaiton. Pertembungan antara Jin Baik dan Jin Jahat di alam ghoib, menyebabkan berita yang disampaikan bercelaru dan tidak boleh difahami. 
·                     Dalil Al Qur'an hukuman keatas ahli sihir ialah ayat 71, Suroh Thoha, Juz 16 Suroh 20. Nas salib dan pakukan pada pokok dan potong tangan dan potong kaki.
·                     Nas bakar kepada ahli sihir ialah Ayat 23 Suroh 37 As Shafaat Juz 23.

PERKARA 7: ETIKA BERPAKAIAN DI TEMPAT AWAM.
·                     Aurat berasal dari perkataan Urdhu atau Hindi yang bermaksud perempuan. Ianya tidak bermaksud tudung, baju,jubah, seluar, topi atau selainnya. Kalimah (perkataan) Arab yang serupa maksudnya ialah Muslimat, Mukminat, Nisa un, dan imratun.
·                     Mula mula perempuan perempuan mesti faham ayat 34 Suroh An Nisak dan ayat 228 suroh al Baqoroh (berkenaan suami yang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dari isteri) dahulu. Nas tambahan ialah melalui ayat 60, Suroh 24 An Nur Juz 18, ayat 
·                     Nas Al Qur'an berpatutan untuk etika berpakaian ialah ayat 30, Suroh ke 24 An Nur Juz 18, ayat 32,33,59 Suroh ke 33 Al Ahzab Juz 22. Ayat 32 dan 33 suroh Al Ahzab jelas membezakan taraf (darjat) isteri terhadap suaminya dan kewajipan menjelaskan cukai (zakat). Nasihat saya/kami, berhentilah berbohong perihal kewajipan zakat. 
·                     Manakala ayat 53 Suroh Al Ahzab juga pula menerangkan batas batas adab seorang isteri kepada orang luar (selain suaminya) dan orang luar terhadap isteri orang lain yang diterjemahkan dengan kalimah hijab yang bermaksud dinding, hadangan (halangan) dan penutup. Lain kali kalau tak tahu baca al qur'an jangan tunjuk "Alim Kucing"!
·                      Ada dua jenis undang undang etika berpakaian dimana satu umum bermaksud dikhalayak ramai dan keduanya didalam kawasan persendirian.
·                     Cara berpakaian pula dikelaskan untuk dua 2 golongan , iaitu kelas (darjat) Muslim dan Mukmin.
·                     Manakala ada 3 jenis cara berpakaian ditempat umum dimana undang undang berpakaian ditempat umum bertindih dengan kebenaran suami, dimana apabila suami larang berpakaian sebegitu sebegini dikhalayak orang lain, tidak kira adik beradik kandung mahupun bukan, isteri wajib patuh.
·                     Jenis yang pertama ialah menutup semua anggota dari kepala hingga tapak kaki, dengan pakaian tidak telus pandang. Jenis yang kedua ialah menutup semua anggota bermula dari bahu hingga ke buku lali kaki dengan pakaian tidak telus pandang. Dan jenis yang ketiga ialah menutup semua anggota dari bahu hingga ke bawah lutut antara buku lali kaki dengan pakaian tidak telus pandang. Tiada lebih singkat dari itu, apabila dilanggar undang undang umum ini, pihak yang bertanggungjawab samaada atas arahan suami atau kerelaan isteri itu sendiri wajib didenda.
·                     Persoalan kenapa perlu kepada 3  cara berpakaian ialah dengan menjawab berdasarkan satu hadis sahih yang bermaksud lebih kurang sebegini "Tuhan suka kepada ganjil". 
·                     Dalil berpakaian sopan ialah melalui ayat 26 Suroh Al A'rof dan ayat 59 Suroh Al Ahzab.
·                     Dahulu Saidina Umar tegaskan begitu begini kepada Nabi Muhammad S.A.W, perempuan marah. Hadis Sahih hukuman dan tempat sebatan (smite) berpakaian tidak senonoh adalah seperti dibawah. Didalam Kitab Holy Bible juga banyak menyatakan perihal hukuman sebat atas pelbagai kesalahan. Jenis penyebat yang digunakan dipercayai kukuh ialah rerambut ekor kuda berbanding pelepah tamar sebagaimana tertera pada pinggang penguatkuasa pada arca Narmer Palet. 
·                     Berikut pula ialah hadis berkenaan sebatan yang perlu diterjemahkan dengan lebih terperinci dimana ia boleh dikaitkan dengan jenis penyebat yang sepatutnya digunakan. Buat sementara waktu ini, saya akan dapatkan hadis asal berbahasa Arab Sahih Imam Muslim yang dimaksudkan dibawah (bukan terjemahan saya). Walaubagaimanapun hujah munafik, saya dipihak yang menang.
·                     Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda:
“Ada dua golongan penduduk neraka yang belum aku melihat keduanya,
1. Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia [maksudnya penguasa yang zalim],
2. dan perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang berlenggak-lenggok. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium bau wanginya. Padahal bau wangi syurga itu tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian waktu [jarak jauh sekali]”. (HR. Muslim dan yang lain).

·                     Kepada yang dungu iaitu golongan bodoh dan degil, sekali lagi saya terangkan disini, hadis diatas membenarkan ijtihad saya berkenaan alat sebatan dahulu ialah rerambut ekor kuda. Sebatan menggunakan ekor lenbu adalah dikira zalim apatah lagi menggunakan batang kayu atau logam. (Dimasukkan pada hari ini 1 hb Januari 2015: Jam 2:40 petang Jumaat).

Kupasan satu potong Hadis Sahih Muslim dan Bukhori yang bermaksud lebih kurang sebegini. "Al Qur'an ini ringkas dan padat". Ianya boleh ditafsirkan sebegini asalnya Al Qur'an yang sekarang ini ditulis dan dibacakan dalam bahasa 'Arab sebenarnya adalah ringkasan kepada buku buku sejarah, ilmu astronomi, ilmu ekonomi, ilmu rumahtangga, ilmu penternakan, ilmu kejiranan, sains kesihatan dan lain lainnya yang lebih panjang dan kompleks terdahulu dari pelbagai bahasa. Dengan itu kita sekiranya benar memahami bahasa 'Arab Al Qur'an tersebut masih perlu menghuraikannya (tafsir) semula sesuai dengan masa kita dengan benar, jujur dan amanah. Sebagai contoh mudah ialah al qur'an menegaskan zakat (cukai) adalah wajib. Oleh itu kita sebagai pembaca yang percaya buku Al Qur'an itu benar sebenar benarnya perlulah menghuraikannya sedapat mungkin dari sudut pelbagai.

Selain itu hanya satu pihak sahaja sepatutnya yang berkuasa dalam hal ehwal kutipan zakat (cukai), kalau dahulu jawatan ini adalah dibawah kuasa Bendahara Sultan. Sebarang tuntutan agihan zakat (cukai) kepada pihak yang layak sepatutnya mengikut saluran sampai kepada Bendahara Sultan.Boleh buat ke?