How To Earn an Upwards of $640.82 per Day While You Sleep...CLICK HERE
Lelaki kudung kedua belah kakinya pekerja binaan menyara hidup.
Asal Sola dari perkataan solawat iaitu maksudnya doa, maksudnya minta, maksudnya wajib kutip cukai daripada dan kepada yang berkuasa atau berkemampuan, zakat itu pula maksudnya agihkan kepada orang yang sesuai. Asalnya perbuatan dalam solat ialah sebagaimana bacaan Qunut yang hanya berdiri dan menadah tangan, sambil berdoa. Yang dijelaskan doanya sebagaimana dalam Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim dengan istilah doa pagi dan doa petang. Kemudian cara sembahayang (doa) itu ditambah diubah sesuai dengan perbahasan pada zaman itu. Oleh itu meminta dengan cara sebagaimana dibacakan ayat al qur'an setidak tidaknya Suroh Al Fatihah, didalam sembahyang yang kita kerjakan melalui tradisi bangsa Arab sekarang digelar secara sembunyi sembunyi, lembut dan sindiran. Apabila sebegitu ibadat sembahyang yang sebagaimana sekarang dianggap wajib pada awal awal dakwah Nabi Muhammd S.A.W. Masaalah timbul apabila bacaan bahasa sindiran Arab dan teknik sembahyang yang betul tidak berjaya dipraktikkan ditempat lain didunia. Sebab itu pada masa Sultan Husin, Sultan Muhammad dan Sultan Mahmud Muzaffar minta, mereka semua bayar segera. Teknik sembahyang dan bacaan beliau betul betul difahami oleh rakyat tanpa kekerasan. Tetapi selepas mangkatnya tiga Sultan berdaulat tersebut, ramai mereka mereka mula mulanya buat buat tak faham berkenaan kewajipan bayar cukai, akhirnya memang tak faham betul, kemudian terus tak tahu menahu berkenaan zakat dan solat, akhirnya negara terpaksa menanggung hutang berbilion bilion dan rizab negara semakin berkurangan.
Mangsa perang menikmati juadah berbuka disebalik runtuhan.
Wanita ceria selepas menunaikan cukai pendapatan 20% menurut Al Qur'an.
Sekarang ini saya akan cuba terangkan dengan perkataan apa yang diucapkan dengan mulut agar ianya menjadi serupa maksudnya. Sola yang diambil dari ayat 3 suroh al baqoroh, sekarang ini seluruhnya diterjemahkan oleh Muslim kebanyakannya ialah perbuatan takbiratul ihram, berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud beserta bacaan bacaannya. Ianya dikategorikan wajib (compulsory) kepada lelaki dan wanita. Apabila sebegitu sembahyang 5 waktu sehari semalam juga wajib berjemaah sebagaimana ayat 9 Suroh Al Jumuah juz 28 suroh 62 kepada lelaki dan wanita juga. Dengan itu dari ayat 9 suroh al jumuah itu sembahyang berjemaah pada hari Jumaat (Friday) seminggu sekali juga sepatutnya wajib kepada lelaki dan wanita. Sedia maklum dalam perbuatan sembahyang berjemaah perlu ada Imam sembahyang (ketua sembahyang) dimana apabila berjemaah lelaki dan perempuan, lelaki akan dilantik sebagai imam.
Contoh Imam dalam Sembahyang Jumaat (berjemaah) diatas alas lantai (karpet) merah.
Sebagaimana kita sedia maklum juga imam (pemimpin) tidak boleh dilantik dari golongan kafir (ingkar) apatah lagi dari golongan kufur (menidakkan kebenaran). Fikirkan masaalah isteri kamu yang bekerja wajib berjemaah melantik orang lain sebagai imam yang kufur dalam sembahyang. Berapa banyak suami, isteri kamu perlu taat? Selain itu sembahyang Hari Raya Eidul Fitri juga dikira wajib berjemaah kepada lelaki dan perempuan. Kenapa susah sangat nak faham? Tetapkan pendirian anda, jangan cakap berbelit belit ataupun cakap tak serupa bikin!
Apabila semua sembahyang berjemaah itu wajib, alasan perempuan ada anak kecil adalah tidak kukuh. Lelaki pun ada anak kecil juga. Apatah lagi alasan lain yang sememangnya lebih "miang" dari maaruf.
Contoh Sembahyang Jumaat (berjemaah) yang dihadiri perempuan, di negara lain.
Alasan keluar darah kotor bagi perempuan iaitu datang bulan (period), juga tak boleh diterima kukuh kerana, pergi kerja boleh, pergi bersukan boleh, pergi membeli belah boleh, kenapanya hadir majlis hari Jumaat tak boleh? Lelaki pun berak kencing, dimana dikira keluar kotor juga, kenapa selepas dicuci boleh sembahyang pula? Dan apabila diberi kelonggaran tidak hadir kelas pengajian percuma mingguan (khutbah jumaat) kepada wanita yang datang bulan atau sakit, yan tak sakit itu apa pula alasannya?
Alasan bersekedudukan lelaki dan perempuan di dalam majlis hari Jumaat iaitu khalwat ternyata kenyataan golongan munafik apabila di pejabat atau tempat kerja dibenarkan pula tanpa kehadiran suami lelaki dan perempuan bertepuk tampar bersama sama dibelakang suami.
Tetapi beberapa Hadis Sahih dari riwayat Imam Muslim menjelaskan pendapat saya tersebut diatas melalui Hadis ke 643 (Tiada denda selain ganti sembahyang), 606 (Solat Berjemaah Wajib), 818 (Ancaman Meninggalkan Sembahyang Jumaat) dan 834 (Solat Eidul Fitri) Kitab Edisi Ringkas Terjemahan Maamur Daud.
Terus terang saya katakan saya tak sudi ajaran songsang di bawa ke Pahang Darul Makmur. Cakap biar tegas jangan berdolak dalih. Golongan yang mencari publisiti murahan paling memualkan saya, berselindung disebalik alim alqur'an konon.